UMP Convocation Day - Dewan Jubli Perak, Telok Chempedak, Kontan
Congrats to atap for his convocation last Saturday. It was a long and tiring day. Mana taknye..pukul 5:30 pagi kitorg dah bangun semata2 nak travel ke kontan selepas subuh. Ari masih gelap, kitorg dah kuar rumah tuk sampai awal kat dewan jubli perak tu. sampai2 je kat situ, atap, mak n abah still dalam dewan..so kitorg dok kat khemah tetamu tgk atap kat tv yg disediakan. penat jugak le menunggu. Bebudak kat keliling kitorg tu dah ramai menangis2 nak balik..lama sangat kot menunggu..kesian..nasib baik sarah,sofia n anak2 along yg lain takde kat situ..kalo tak, derang pon antara bebudak2 yg akan melalak nak balik..majlis tuk session pagi tu settle around 11 am. kitorg lepas tu apa lagik, sakan ler mengambil gambar..lama jugak laa dok mengambil gambar kat situ..perut dah berkeroncong..matahari dah terik atas kepala..kitorg tak tahan lapar, memasing dah tak tahan menunggu dak atap beratur tuk ambil gambar studio kat situ..kitorg ajak atap lunch dulu n suh die datang kemudian tuk ambil gambar studio tu..tgh hari tu kitorang lunch besar..atap open table..perghh sedappp menjilat jari..ape tah ek nama restaurant tu, lupa plak.. ptg tu kitorg reramai lepak kat rumah along kat indera mahkota 8..mak, abah n atap pergi semula kat dewan jubli perak tuh tuk ambil gambar studio. around 6 kitorg cabut ke swiss garden tuk mandi lautt..yeah..fuhhh ari yg sangat memenatkan..esoknye kitorg sambung lagik mandi laut..gila balas dendam mandi laut..dah lama gila tak mandi laut..swimming pool besar kat situ pon kitorg dah tak heran dah..laut jugak menjadik pojaan hati kami..hahaha